Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, May 18, 2010

Cara-cara untuk membina keyakinan diri..Part 1




" Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah.
Koreksi satu persatu kesalahan kita..
Jangan nafikan realiti..
Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, 
maka akui hakikat itu..
Ingat, kita perlu memaafkan diri kita
kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri "




Tak jemu rasanya baca that quotation over and over again, simple yet full of meanings. Kadang-kadang kita ni kalau buat salah akan blame diri sendiri sampai rasa lemah..betul tak? Tapi pernah tak kita terfikir yang kalau kita tak memaafkan diri kita sendiri setelah melakukan kesalahan, macam mana kita nak percaya pada diri kita lagi? Kalau kita tak percaya, mesti orang lain pun tak percaya pada kita..kan?







Keyakinan diri sangat berkait rapat dengan harga diri. Orang yang mempunya harga diri yang tinggi akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi jugak...sebab ape? Sebabnye orang yang mempunyai harga diri hormat pada diri sendiri, dan bila orang tu hormat pada diri sendiri, beliau akan dihormati oleh orang lain juga..and sebaliknya. Contohnya kes buang baby yang makin menjadi-jadi sekarang..sebab ape manusia sekarang sanggup buang baby tu dalam hutan, tong sampah and so on? Sebab manusia itu sendiri tak hormat pada diri dia..so they can't expect other people to value them they way they want. Its as simple as that. The formula is kalau kita nak orang di sekeliling hargai kita, kita kena, harus, wajib hargai diri sendiri dulu..




So, bagaimana cara-cara nak hargai diri sendiri? Kena bagi bunga kat diri sendiri ke baru rasa dihargai? Ke kena gi shopping kasut dan baju banyak-banyak sampai habis duit gaji baru rasa diri dihargai? Setengah orang kalau kusut masai therapy dia nak kembali normal ialah dengan shopping sampai puas. Nak ukur puas tu macam mana pulak? Adoi, pening betul kalau nak satisfy diri sendiri dengan cara-cara macam tu.



I was reading this one majalah 'Solusi', isu no. 17. Bagus sangat majalah ni sebab it deals with our faith as a Muslim, macam a 3 in 1 magazine yang membincangkan topik-topik semasa and at the same time mengupasnya dari segi ilmu agama yang dapat mendidik hati agar sentiasa mengingatiNya.
Jadi hari ni I nak share with you cara untuk membina keyakinan diri, for those yang rasa kurang yakin atau yang sudah yakin tapi nak bertambah-tambah yakin..






1. Membina keyakinan diri dengan Allah s.w.t


  • Bergantung hanya pada Allah dalam keadaan susah atau senang. Cuba untuk tidak bergantung kepada manusia, contohnya merayu-rayu supaya orang lain bagi bantuan kalau ada masalah sebab kalau kita meletakkan pertolongan itu kepada manusia, maka Allah akan membiarkan manusia itu yang menolong kita. Tapi kalau kita meminta pertolongan dari Allah, maka Allah akan membuka jalan keluar dari cara yang tidak disangka-sangka, samada dengan mengerakkan hati hamba yang lain untuk membantu kita atau dengan cara lain yang kita tak pernak terfikir pun. Bila kita percaya pada pertolongan Allah, maka Allah akan meningkatkan tahap keyakinan kita sebab kita punya foundation of faith dah kukuh which is hanya Allah sahaja yang mempunyai kuasa untuk menyelesaikan segala masalah atau apa sahaja yang berlaku.
 
 
  • Jaga solat 5 waktu. Ya, ini kalau buat survey sekarang mesti ramai yang jawab susah nak jaga solat ni..especially subuh kan? Kalau subuh tu ya Allah, liat gile nak bangun..saya pun sama la jugak..tapi sebab ape kita disuruh untuk menjaga solat 5 waktu ni? Sebab orang yang menjaga solat akan terasa sentiasa dijaga Allah. Bila kita jaga solat, Allah sayang kita. Bila Allah sayang kita, Allah akan perintahkan malaikat dan manusia untuk sayang pada kita..untuk jaga kita..insyaAllah..
 
 
 
  • Sentiasa berdoa dan bertaubat atas salah silap kita, besar atau kecil, sengaja atau tak sengaja, sembunyi atau dinyatakan..dan yang paling penting, bila berdoa tu, yakin yang Allah menerima taubat kita dan berjanji untuk tidak buat lagi..tak nak la buat dosa and then taubat, and yakin Allah terima tapi lepas tu buat lagi sebab katanya ala, takpe..nanti balik aku taubat laa..lagipun Allah tu Maha Pemaaf. Memang betul Allah tu Pemaaf, tapi kita jangan sesekali berfikiran macam tu kerana itu tandanya kita tak ikhlas dan tak hormat pada diri sendiri..kita mainkan Tuhan..
 
 
 
 
  • Rajin-rajinkan diri untuk membaca al-Quran, kitab-kitab atau buku-buku agama..Apa yang kita nak jadi in 5 years time adalah dicorakkan oleh buku apa yang kita baca dan amalan yang kita ada. Kalau kita banyak baca majalah-majalah gosip, in 5 years time kita pun akan jadi kaki gosip, tapi kalau kita sentiasa berjinak-jinak dengan buku-buku agama, InsyaAllah kita akan sentiasa kuat dari segi rohani dan jasmani. Ingat, rohani kita juga memerlukan makanan agar diri sentiasa tenang dan yakin.
 
 
 
  • Sentiasa membiasakan diri dengan berzikir..contohnya selawat ataupun istighfar. Istighfar ini tujuannya adalah untuk membersihkan hati kita yang penuh dengan dosa tu. Setiap kali kita buat dosa, hati akan ada ditutup oleh bintik hitam. Makin banyak dosa, makin banyak bintik hitam tu. Macam orang merokok. Lagi lama dia merokok, lagi rosak hati dan paru-paru dia..makin sakit dan makin sakit..lama-lama mati. Sama la macam hati dan dosa..makin buat dosa, makin hati sakit, makin sakit dan mati. Jadi kalau kita tak sentiasa cuci hati, takut nanti kita hilang perasaan untuk membuat baik atau menjadi baik. Nauzubillah..takut sangat.
 
 
Tajuk ini agak panjang untuk dikongsi, so I akan sambung nanti okay? Tentang cara untuk membina keyakinan diri dengan diri sendiri dan dengan orang lain pulak..kang panjang sangat bosan nak membaca sekali gus..


Monday, March 1, 2010

Lebih baik memberi atau lebih baik menerima?

 

Fuiyo, lama giler tak update blog. Sorry sangat. I'm a bit busy at the moment..extremely busy to be exact with. Anyhow, semalam sambil tunggu kereta di isi minyak, seorang remaja perempuan berpakaian kurung dan bertudung datang sambil meminta bantuan sekolah. 




Selalunya kalau terserempak dengan budak-budak meminta sedekah ini, ayat yang digunakan lebih kurang sama, macam dialog khas yang diberi untuk dihafal. Ayat budak perempuan semalam berbunyi begini "Assalamualaikum kak, saya dari sekolah agama sekian-sekian ada menjual kalendar Islam, kismis, ubat yang berharga rm10"...dan bila tiada respon yang diberi, mereka akan terus menyambung ayat tersebut dengan "Kami juga mengharapkan sumbangan ikhlas dari akak untuk sekolah kami"...




Scenario budak-budak dijadikan alat untuk meminta sedekah dah macam global scenario in developing countries. Yang menyedihkan itu bila orang dewasa atau cikgu-cikgu mereka yang takde hati perut suruh budak-budak tu kutip derma. Dah la bagi pakai dengan songkok and baju melayu kemas, untuk menandakan bahawa mereka ini dari sekolah beragama. Aduh, sedih betul. Seolah-olah macam orang Islam ni memang suka meminta-minta. Tak baik la. Bukan sekadar exploit budak-budak, tapi agama juga.




Kanak-kanak perlu ke sekolah, bukan untuk duduk tepi jalan tunggu orang kasi duit. Sedih tau tengok budak-budak minta sedekah. 
Kalau dulu ada budak-budak ini minta sedekah, I jarang bagi sumbangan sebab dalam hati geram sebab berpendapat yang those money takkan dapat punya kat budak-budak tu, tapi mesti dapat kat cikgu diorang. Kira macam I pun berhati busuk la sebenarnya. Tapi, ada sekali ni, masa dengan emak, ada seorang peminta sedekah datang minta sedekah. Tanpa ragu-ragu atau berfikir panjang, emak terus bagi sedikit sumbangan. So I asked her, "mak, kenapa bagi? Entah-entah dah berlambak dah duit dia kumpul hari ini. Entah-entah dia tak la miskin sangat. Entah-entah dia tak buta pun. Entah-entah duit tu nanti tak dapat pun kat dia. Entah-entah itu sindiket.." Banyak benor ha entah-entah yang busuk yang selama ni terbuku di dalam hati yang telah berjaya dikeluarkan. 



Emak jawab simple ajer, " Kita bagi kerana Allah Taala, niat tu kena betul. Hak kita adalah memberi dan menolong mana yang termampu, selebihnya apa yang diorang nak buat dengan duit tu, samada diorang tipu ke tak, itu dah bukan hak kita untuk ambil tahu. Lagipun Allah suka pada hamba yang suka memberi"
Jawapan emak made me think, and it slowly changed my perception on beggars, be it a Muslim or not. Sebab emak cakap, Islam ini indah. Islam tidak pernah melarang kita untuk membantu mereka dari agama lain,selagi ia tidak bercanggah dengan akidah kita. Selagi mampu, kita tolong. Even semasa zaman Rasulullah, baginda ada menziarahi kematian one of the Jews. Maksud yang ingin disampaikan ialah Rasulullah sendiri menghormati mereka yang bukan beragama Islam. Jadi, mari mencontohi budi pekerti baginda s.a.w.






The thing yang kita perlu faham adalah kita digalakkan untuk membantu selagi mampu. Niat perlu ikhlas, jangan mengharapkan pujian. Terus dari boleh dapat pahala tak dapat sebab ada unsur riak. Bila kita selalu atau kerap bersedekah, sebenarnya ia mendidik hati dan jiwa kita agar sentiasa rendah diri dan bersyukur dengan segala kurniaanNya. Kalau nak ikutkan cukup, tak ade apa pun yang cukup. Orang yang dah kaya masih fikir macam mana nak lagi kaya, yang tak berapa kaya nak jadi kaya. Macam tu la kitaran hidup ini. Manusia tak kan pernah puas dengan apa yang dimiliki. Mesti nak lebih. Dah tu bila dapat lebih riak dan kedekut kemain. Nauzubillah. Mintak simpang dari sifat begitu. 



Kadang-kadang ada some of us yang perception dia, kalau sedekah takut duit habis. Ya, itu perception mereka yang kurang faham tentang keindahan Islam. Mungkin secara mata kasar duit tu kurang. Tapi alahai, kurang seringgit dua je pun. Beli iced lemon tea, crisps, sweets tu boleh pulak tak berkira. Makan sedap kat Kenny Rogers, Nandos, Manhattan Fish Market tu boleh pulak kan tak berkira. Alasan yang diberi, oh perut sendiri takpe bermewah-mewah sikit...Ade je alasan kan. Tapi sebenarnya pahala mereka yang meringankan beban saudara Islam yang memerlukan adalah lebih lumayan dari wang ringgit. Sebab nanti bila mati pun, duit tak boleh masuk kubur. Yang hanya akan dihitung bila dah takde nanti adalah anak-anak yang soleh, amalan dan ilmu yang ditinggalkan.






Jadi mari kita bersama-sama memupuk rasa rendah diri, membunuh segala rasa kedekut, bongkak, bakhil, rasa duit habis kalau sedekah seringgit dan lain-lain perasaan yang kurang enak sempena Maulidul Rasul ini. Mari kita buka lembaran baru yang lebih indah sebagai perhiasan di akhirat kelak. Hidup ni sekejap jer, tak tahu bila akan pergi. Mungkin masa usia muda ni, tak semestinya tua kan. Hanya Allah sahaja yang arif tentang hal tu.










Oh yeah, and untuk menceriakan hari I semalam, I got a bouquet of turquoise roses from my sister. She had just got back from Cameron Highlands and she got me roses and fruits.Yeayy!! T__T.  Eh, titik tu macam seolah-olah ada tahi lalat je kat pipi smiley tu kan.






 
Bunga sudah hampir layu la walaupun baru sehari. I masukkan dalam air yang berisi panadol. Kasi dadah sikit kat bunga ni. Panadol sebenarnya bagi bunga ni fresh la sepatutnya, tapi bunga I dah macam hidup segan mati tak mahu ni ape citer. Too strong kot sebab I bagi Panadol Actifast ^__^



 
Bagi la tiga kotak pun, confirm akan habis punya! Makan macam biawak kelaparan.



 Ini belum dibedah siasat lagi..Sebenarnya ini adalah jambu yang telah diawetkan menjadi jambu ayam, eh asam.Sesuai untuk ibu-ibu mengandung

Saturday, February 6, 2010

Rahsia anggun jelita on your wedding day bersama Jovian Mandagie







Apa perasaan you kalau tiba-tiba hari ini boyfriend you cakap 
" Sayang, jom kahwin bulan enam ni nak tak?" 
Sama ada you balas "Nak..nak!! segirang-girangnya " atau you balas, 
 "hish, you ni, I bukan tak nak kahwin lagi, tapi takkan you dah lupa impian I nak pakai wedding dress exclusive si Jovian Mandagie yang beribu-ribu itu. Sekarang saving I baru aje RM200.20 sen tunai. Kita postpone bulan enam tahun 2015 je la eh "







Ha, buat la perangai macam tu, kang terus boyfriend you merajuk tak nak ajak kahwin dah. (^_^) 
 Tapi yer la kan, mesti setiap orang inginkan wedding yang the best and the bomb gitu. Tak salah tu, tapi kalau belum mampu untuk pakai wedding dress Jovian, Rizalman atau yang sewaktu dengannya, kita berangan je la dalam mimpi eh. Alahai sedihnya. 
Okay la, kalau tak nak, kita tengok gambar wedding yang best dan kita berangan itu adalah kita eh. Tak nak jugak? Hamboi hamboi..demand sungguh. 
















Hamboi hamboi, segak sungguh dress cover itu. 
















Hamboi hamboi, cantik sungguh baju itu dan ayu sungguh pengantin itu. 
Okay, introducing my new auntie to my uncle.










Puas uncle I merantau mencari gadis idaman, last last jumpak dalam facebook. Jadi kalau you belum jumpa lagi lelaki atau perempuan idaman, keep on searching dalam facebook okay. 








Eh, jangan. I acah ajer. Zaman sekarang sukar nak percaya cinta siber ni. Banyak buruk dari baik, though ada je yang kenal ikut internet ni end up kahwin. Ikut rezeki la kot. Anyway, both of them were classmates back in the university dulu, and got closer through facebook. So, it wasn't actually a stranger hooking up with a stranger.























Ini lah dia lelaki macho tersebut. Kahwin juga akhirnya. Tahniah! (T__T)

















Ala ala ala malu malu malu (^_^)









Notice the detailing on top of the scarf. Sungguh elegant gitu.








The akad nikah was in Masjid Wilayah, Jalan Duta while the wedding reception was done in Passion Road, Kuala Lumpur.


















My uncle was wearing something similar to a tuxedo, but without a bow which looks simple. Notice the purple sequence 'belt' wrapped around auntie Alice's waist. I'll show you how it looks like from the back. Simple, but it gives that outstanding affect on the dress. 
















An evening garden wedding bertemakan putih dan lilac.
















Apakah yang diperkatakan sehingga gembira sungguh groom tersebut. Tidak mengapa. Awet muda. 
So this is how the belt looks like from the back. Actually the bride is holding the long bow with her hand. Its supposed to have that long dangling affect at the back, but I guess you know what I mean. 











The behind-the-scene-wedding-crews yang telah berjaya mengindahkan lagi wedding tersebut. 




















Wedding is more fun kan when you have the right money in your account. But for you who are planning on your wedding, but wish for a very exclusive one, but do not have the right amount yet, but you want to get married so badly, I guess you should go back to basics. Rasulullah tidak pernah membebankan umatnya when it comes to marriage. 











Yang penting is the akad dan niat. Niat sebenar perkahwinan adalah untuk mendapat berkat, di dunia dan akhirat. Tapi bila niat tu sudah bercanggah dengan agama, contohnya ingin bermegah-megah, maka terjadilah isu kahwin sekejap, bercerai. Nauzubillah. Jadi, mari kita betulkan niat kita dengan harapan mendapat berkat dunia akhirat. Emak I selalu pesan, kalau kita kejar dunia, kita hanya akan dapat dunia, tapi kalau kejar akhirat, dunia dapat, akhirat pun dapat. Sungguh untung bukan? 
Hohoho...tazkirah pagi sekejap. (^_^)









Baiklah, I lapar. Jadi supaya you pun jadi lapar macam I, maka I persembahkan sesuatu yang enak yang hanya mampu dilihat, tapi tak mampu untuk dimakan. Gila kejam kau.















































Lapar tak? Kalau you tak lapar I give up la ;(




















Mwahhh. Cheerioss readers!













Thursday, February 4, 2010

How to get that dream butt of yours..Awwww *blushing*






Adakah you tergolong dalam golongan yang sungguh berkeinginan untuk memiliki punggung yang menawan tanpa perlu melakukan transplant? Jika ya, maka you adalah pembaca yang bertuah kerana I am going to share with you the tips. Oleh itu, teruskan membaca ya. 







Kalau tengok kawan-kawan perempuan yang punggung cantik gitu, mesti tiba-tiba ada suara busuk dalam hati cakap, "macam mana la dia dapat punggung camtu. Mesti dia buat surgery tu *dengan nada tidak puas hati*"
Tapi, jikalau tiada suara busuk tersebut, maka I ucapkan tahniah kerana hati you begitu baik (^_^)





Walaupun topik ini agak sensitive, tetapi I harap you all could take it positively, kerana bagi I, punggung yang cantik itu adalah aset wanita kan. Wanita kan begitu berharga. Ha, tapi kalau yang sedang membaca ni adalah golongan suami, lepas ini boleh la share tips ini dengan isteri you all. Tapi tak semestinya lelaki pun tak boleh buat. Boleh, its good for your legs, you akan bertambah yakin apabila melangkah masuk ke office esok. Betul, tak tipu. 
Mana tak yakinnya, dengan squatting you mampu memiliki dada bidang seperti abang kacak di bawah.



















Muahahaha. Tipu.






 Jadi, bagaimana caranya? Sebelum I terangkan dengan lebih lanjut, tips-tips yang I kongsi dengan you ni sebenarnya I dah cuba dulu, supaya I dapat share my experiences. Yang I selalu amalkan setiap pagi dipanggil 'squat exercise'. Hohoho, amalkan setiap pagi konon. Tipu lagi. Tapi you jangan tipu, tak baik.





Squatting ini sebenarnya sangat bagus untuk bahagian butt, thighs and calves dan boleh di amalkan oleh perempuan atau lelaki. Kalau dah berkahwin, exercise la sama-sama dengan suami, atau isteri. Badan cantik, rumahtangga pula semakin harmoni (T___T)








Step One: 

Berdiri tegak seperti Miss Rosemary di atas. Spread your legs a little dan tangan seperti apa yang Miss Rosemary buat. Sungguh sukar untuk explain secara bertulis.






Step Two:

Bend your knees and move downwards, sambil mengekalkan posisi tadi, and feel your muscles stretching. Kalau mahu suasana lebih mencabar, kekalkan posisi step two and count to 10. Woooo, time tu you rasa lutut terketar-ketar babe. Tapi, kalau you seorang yang gagah, maka teruskan sampai kiraan 20. Tapi usahlah over konon esok dah boleh dapat dah punggung idaman kalau kekalkan posisi dan kira sampai 100. Mahu pengsan kau. Sabar, usah tamak. Buat sikit-sikit dulu for new beginners okay. Janji kena buat setiap hari tanpa rasa jemu. 









The one in red and blue lines tu nak indicate the muscles that are working, which means that your back, your thighs and butt are really working their ass out to get that perfect shape of yours. 





My advice is, if you baru nak try, buat dulu 10 kali. Lepas tu rest sekejap 2 saat dan buat lagi 10. But make sure that both of your foot are flat on the floor. Jangan buat exercise ni dalam keadaan tip-toe, maksudnya terjengket. Faham tak? Kerana ia membahayakan. Takut ada urat-urat yang terseliuh nanti. 





Before I go, I ada terjumpa a similar form of squatting exercise which is called Leap & Kick Workout where you have to squat immediately after you jump. So, check it out. Till then, good bye and happy trying (^_^)












Friday, January 22, 2010

Ciri-ciri isteri solehah yang perlu dimiliki





Tadi sambil makan I tengok Wanita Hari Ini *WHI* on tv3. Topiknya agak interesting. Its about Isteri Lunch Hour. Apa itu Isteri Lunch Hour? Adakah ia berkenaan topik apa si isteri masak untuk suami masa lunch? Hohoho, tidak. 
Its about isteri yang menjalinkan hubungan dengan lelaki lain, where in most cases hubungan tersebut usually akan terjalin dengan office mates. Are you one of them? Oh, I hope not. 








Ada la tadi a few callers, mostly ladies to either admit that they are having an affair, ataupun untuk share stories on people they know. So I'll start with one by one okay. 
I think this is a very serious topic. Sebab sekarang dalam news banyak sungguh topik-topik curang dan jahat ini, dan each one of us is responsible to make sure that it does not happen to us.









Scenario One:

One of the caller cakap she is having an affair with her office mate. Selalu tumpang pergi office sebab dia tak ada kereta. Keadaan bertambah happening bila si suami kurang berkomunikasi dengan si isteri ni. Bila tanya 'abang pergi mana? Lewatnya pulang'...si suami akan melenting suruh si isteri jangan tanya banyak. Lalu, si isteri pun kecewa dengan sikap suami yang langsung tak mahu share dan sokmo bersikap dingin. Jadi, tercetuslah insiden di mana isteri tawar hati tak mahu tanya dah suami ni sebab nanti kalau tanya pun asyik kene marah. 


Bila isteri ini asyik tumpang member office dia almost setiap hari, maka terhasil lah perasaan rindu sayang. Memang isteri ini admit yang apa dia buat itu tak betul, tapi dia still menyalahkan suami dia yang sebab suami ini la dia ter-curang. 







Scenario Two:

In one of the other confession, ada juga perempuan ni cakap yang suami dia selalu outstation lama-lama, dan dia asyik kena tinggal sorang-sorang. And, terjadilah insiden di mana dia akan mengadu pada kawan lelaki, betapa sunyinya dia asyik duduk rumah sorang-sorang. Not only did the guy offered to be her listener, tapi secara tak langsung offered to be her new soulmate.








Scenario Three: 

Ada seorang jiran di kawasan perumahan call untuk share perangai neighbour dia. Bukan untuk mengaibkan tetapi untuk bertanya pendapat. Yang ini paling semua orang terkejut la. Sebab katanya si isteri ini housewife, tapi berbeza dengan scenario one and two, scenario three ini bagitahu yang akan ada lelaki datang rumah jiran dia ni masa lunch hour. Ha, ini memang betul isteri lunch hour. Ber-lunch bersama lelaki lain semasa suami keluar bekerja. Bila caller ini bagi tahu si suami kepada isteri lunch hour tersebut, suami dia marah-marah caller ini. Dia cakap 'selagi aku tak nampak dengan mata kepala aku sendiri, aku tak akan percaya isteri aku curang!' Ha, amek kau. 










One of the panel of the day was Professor Izi, the motivator yang sungguh sinonim dengan ayat 'selamat mencuba & selamat beramal...' ke ape entah. One of his pendapat adalah dalam hubungan, both suami isteri must be responsible of what is happening around them. And, he keeps on stressing that kita kena berbalik kepada agama. Apa-apa pun agama. 






Dia cakap dalam hubungan perlu ada komunikasi, perlu share dengan pasangan. Bila kita berkongsi, pasangan akan rasa tidak kesunyian. Selalunya yang rasa kesunyian dan kurang kasih sayang ni pihak perempuan la kan. Sebabnya perempuan ni dianugerahkan 9 nafsu 1 akal tetapi lelaki memilik 9 akal 1 nafsu. Betul tak? Kalau tak betul sila perbetulkan eh. Sebab itu perempuan ni sensitif, emosi, penyayang, boleh jadi ibu yang baik, seorang pendengar yang baik sebab kaum perempuan ini mampu mendengar dengan menggunakan kata hati mereka, its called the 6th sense babey. 








The thing is, in my opinion, lelaki kurang mempamerkan kasih sayang mereka. Tapi dulu masa nak tackle jadi girlfriend or isteri dulu punya la jiwang, romantik bukan main. Pandai pulak. Tapi bila dah jadi girlfriend atau isteri, lelaki rasa diorang ni dah tak perlu nak bersayang-sayang lagi sebab kononnya perempuan tu dah jadi milik diorang. 








Wahai kaum lelaki, andaian kamu itu adalah salah sama sekali. Perempuan perlukan perhatian, dia perlu rasa dihargai. Dia perlu rasa yang boyfriend, tunang atau suami dia suka share, consult or tanya pendapat dia about anything. Bila selalu communicate dengan pasangan, kita akan lebih kenal one another, what is lacking, apa yang perlu improve, apa yang pasangan kita nak, apa yang dia tak suka and the list goes on.







I often feel that communication is the 2nd most important ingredient in a relationship after religion. A healthy relationship contributes to a happy and confident individual. All these penghargaan from the partner akan buat you rasa tenang, rasa there is something to look forward to, rasa you have to work harder in what you are doing sebab you are emotionally supported. And I greatly believe that stable emotions can create an outstanding individual, be it in work, or as a person. 






I rasa dalam hal curang-mencurang ini, both parties are responsible. Lelaki perlu lebih peka dan bertanggungjawab dalam hubungan. Perempuan pula perlu bersikap lebih rasional dan tidak terlalu emotional. Kadang-kadang perempuan ni curang sebab nak balas dendam kat lelaki dia. Konon nak tunjuk la yang dia masih laku di pasaran. Tapi, seperti kata Professor Izi tadi, berbalik lah kepada agama. Kalau situasi ini terjadi, berbanyakkan ibadat. Isitighfar is the most easiest. 






Mintak doa dan petunjuk dari Allah. My friend often said to me that Allah tak akan uji hambanya dengan dugaan yang hambanya tak mampu untuk handle. Betul tu. Walaupun kadang-kadang kita mempersoalkan kenapa kita yang dapat dugaan ni, kenapa orang lain happy aje, tak ada masalah. Eh, mana tau. Entah-entah diaorang pun ada masalah cuma diaorang sembunyikan. 




Jadi, the best thing that we can do as a muslim ialah berdoa dan yakin bahawa Allah nak uji keimanan kita. Berdoa dan bertaubat dan mintak jalan keluar dari segala kekusutan yang kita hadapi. Honda punya tagline kan 'The Power of Dreams'...sebenarnya I rasa doa pun perlu ada tagline which is 
'The power of doa'.





Seriously. Believe in whatever you ask for from Him, because one day, He might grant you your wishes. But if He doesn't, the thing you ask and wish for may not be what you really need. Remember, He knows the BEST for you.