Showing posts with label Suka Hati. Show all posts
Showing posts with label Suka Hati. Show all posts

Saturday, April 10, 2010

Long Goodbye

Oh my God, dah sebulan tak buka blog and membebel. Rasa macam dah lupa macam mana nak membebel..haha. Yeah right. So tipu. I was awfully busy. Sangat busy sampai tak sempat nak tidur mahu pun makan. Tidur pun dalam 3-4 jam sehari. Makan pun sekadar lapik perut sebagai langkah untuk elak dari sakit di kemudian hari. Sungguh penat hidup sebagai student Architecture. But guess what, I'm done! I've managed to complete my thesis and design and so on and it feels such a relief! Seriously. Macam beban di dada, bahu, mata, telinga semua da hilang. Rasa sungguh ringan dan anjal (anjal sungguh takde kaitan dengan perasaan). 
Tapi the sad part is always the perpisahan. Sungguh sedih berpisah dengan kawan-kawan studio dan kawan-kawan lain. Susah senang diharungi bersama. Tawa duka dikongsi bersama. Eceh, jiwang. Tak kisah la, janji sedih. Sedih sebab dah bersama-sama dua tahun bertungkus lumus siapkan thesis. Penuh ranjau dan pengorbanan yang terpaksa ditempuhi. Duit, friendships, relationships, time, and the list goes on. 




 Tapi one thing in Architecture yang I can see is that nak jumpa kawan-kawang untuk gelak sama-sama sungguh senang, tapi part yang sedih, tension, stress tak mudah. Only the one yang faham, sayang and hargai you je yang sanggup redah susah senang bersama-sama. The ones yang tak pernah kecewekan I sepanjang enam tahun belajar Architecture is my mom and dad. Without them I am nowhere near completing Architecture. Sepanjang enam tahun tu banyak yang dapat belajar, not only in the subjects, but also in getting to know people. 




I have learn along the way that its not easy to find a true friend, the one yang sanggup redah segala onak duri. But then its easy to find friends, the one you can laugh out loud with and lepak-lepak. Just about that je la. Jumpa, lepak, happy sekejap and dah. Sedih-sedih atau tension ape ke simpan sendiri. Tapi itu semua akan membuatkan kita lebih kuat dan berani menyahut cabaran. Jangan sebab tak jumpa kawan sejati kita jadi lemah dan melemahkan. Ni dah macam tersasar dari topik sebenar pulak. Okay, takpe. Keep on reading.





Semua berebut nak jadi chef of the night





Kawan-kawan riang ria raya seronok membakar walau di dalam kepulan asap sempat lagi senyum tanda seronok





Masak sotong, ayam & kambing. Sedap sungguh!




Anuar si baju merah. Baru-baru ni accident motor dekat IKEA. Teruk jugak retak tulang rahang and pipi. Kena operate masukkan besi. Adui..sakit tu. Kalau you bawak motor hati-hati tau..bahaya (sempat lagi bagi pesanan ringkas)





Supervisors@ lecturers (excluding the one yang baju hijau. Yang tu ketua kelas). Semua ada 5 supervisors tapi lagi dua orang tak datang. My supervisor is the one in baju kurung, Dr. Asiah. She is the best!




Posing. Lepas ni dah tak boleh lepak camni dah ramai-ramai. Please ignore the pose by the ketua kelas. Perangai dia memang begitu.



Semua orang dapat cupcake sorang satu. Ada nama at each cupcake. Cute kan =)



Gadis-gadis pemberi cupcake




Yang ni paling semua orang emosi..Dina is from Sudan and she cried that night sebab dia cakap best sangat dok sini and kenal dengan kitorang semua and rasa tak sanggup nak berpisah.Hahaha..that was all my words sebab tak ingat dia cakap apa sebab asyik nangis aje. Tapi sedih la kawan dah lama sekali dah tatau bile lak nak jumpa.





Okay, nanti I membebel lagi. Need to fetch my sister from her tuition class. Adios amigos.

Sunday, March 7, 2010

A little something to cheer you up!!



Bosan? Pening kepala walaupun dah makan Panadol Actifast pun macam takde kesan terhadap kesakitan kepala, malah lebih teruk buat you rasa nak tidur macam bayi??..I'm talking about myself actually..hehehe



Jadi, disebabkan kita berada di landasan yang hampir serupa iaitu bosan tahap gaban boleh menangis, I have a surprise for you which might cheer you up. Because it cheered me up!! I watched this video for like three times and still laughed setiap kali tengok seolah-olah macam baru pertama kali tengok. Ha, dasyat gile kan penangan video ni. Mahu tahu lebih lanjut? Sila klik pada video tersebut. Serious nanti mesti nak tengok lagi. Confirm!














Cute and kelakar kan? Ape? Tak kelakar? Cis, tiada sense of humor betul la you ni..T__T
Aduh, boleh pulak la semuanya lenggok sama je, langsung pergerakan tu takde yang terlambat atau tercepat kan. Mula ingatkan tiga ekor je, sekali yang si kecik kiut miut tu pun nak jugak join. Hahahaha..aduhai..comey sungguh.
Tapi kan, lepas tengok ni serious rasa macam nak try kat Putri, my cat. Tapi my Putri ini suka tidur bawah katil je tak nak keluar. Kalau main tali-tali pun die main sekejap aje pastu bosan. Hampeh betul. Kucing pemalas yang langsung tiada perasaan untuk exercise dan menjaga badan. Nasib baik badan tak gemuk sangat. Makan pun malas. Semua benda malas, yang rajin tidur je. 



Kalau tak panggil 'Putri, meh bangun makan sambil goncang goncang tong makanan dia'..kau jangan harap la dia nak bangun. Dah tu bangun pun lembap tak boleh harsh sangat kejut dia kang merajuk tak nak keluar dari katil. Pastu kalau masa tu dia tengah period, dia akan keluarkan kuku harimau dia tu dan tunjuk belang pada tuan yang hanya mahu suruh dia makan itu. 










 Ini lah padahnya kalau kejut Putri dari tidur tanpa sifat lemah lembut seperti seorang ibu penyayang






Sungguh sadis. Pastu terus tuan dia membebel pada Putri dengan harapan Putri simpati tapi sekali lagi, jangan harap la dia nak simpati. Ni apsal tuan dia nak emosi terganggu pasal Putri pulak ni. Ni mesti sebab didik tak betul. Masa kecik tak suruh Putri lompat-lompat atau ajar main lumba lari. Takpelah, nanti kot boleh cari adik untuk Putri pastu train untuk jadi jaguh peringkat dunia kategori kucing comel T__T



Okay, Bye!!

















Monday, March 1, 2010

Lebih baik memberi atau lebih baik menerima?

 

Fuiyo, lama giler tak update blog. Sorry sangat. I'm a bit busy at the moment..extremely busy to be exact with. Anyhow, semalam sambil tunggu kereta di isi minyak, seorang remaja perempuan berpakaian kurung dan bertudung datang sambil meminta bantuan sekolah. 




Selalunya kalau terserempak dengan budak-budak meminta sedekah ini, ayat yang digunakan lebih kurang sama, macam dialog khas yang diberi untuk dihafal. Ayat budak perempuan semalam berbunyi begini "Assalamualaikum kak, saya dari sekolah agama sekian-sekian ada menjual kalendar Islam, kismis, ubat yang berharga rm10"...dan bila tiada respon yang diberi, mereka akan terus menyambung ayat tersebut dengan "Kami juga mengharapkan sumbangan ikhlas dari akak untuk sekolah kami"...




Scenario budak-budak dijadikan alat untuk meminta sedekah dah macam global scenario in developing countries. Yang menyedihkan itu bila orang dewasa atau cikgu-cikgu mereka yang takde hati perut suruh budak-budak tu kutip derma. Dah la bagi pakai dengan songkok and baju melayu kemas, untuk menandakan bahawa mereka ini dari sekolah beragama. Aduh, sedih betul. Seolah-olah macam orang Islam ni memang suka meminta-minta. Tak baik la. Bukan sekadar exploit budak-budak, tapi agama juga.




Kanak-kanak perlu ke sekolah, bukan untuk duduk tepi jalan tunggu orang kasi duit. Sedih tau tengok budak-budak minta sedekah. 
Kalau dulu ada budak-budak ini minta sedekah, I jarang bagi sumbangan sebab dalam hati geram sebab berpendapat yang those money takkan dapat punya kat budak-budak tu, tapi mesti dapat kat cikgu diorang. Kira macam I pun berhati busuk la sebenarnya. Tapi, ada sekali ni, masa dengan emak, ada seorang peminta sedekah datang minta sedekah. Tanpa ragu-ragu atau berfikir panjang, emak terus bagi sedikit sumbangan. So I asked her, "mak, kenapa bagi? Entah-entah dah berlambak dah duit dia kumpul hari ini. Entah-entah dia tak la miskin sangat. Entah-entah dia tak buta pun. Entah-entah duit tu nanti tak dapat pun kat dia. Entah-entah itu sindiket.." Banyak benor ha entah-entah yang busuk yang selama ni terbuku di dalam hati yang telah berjaya dikeluarkan. 



Emak jawab simple ajer, " Kita bagi kerana Allah Taala, niat tu kena betul. Hak kita adalah memberi dan menolong mana yang termampu, selebihnya apa yang diorang nak buat dengan duit tu, samada diorang tipu ke tak, itu dah bukan hak kita untuk ambil tahu. Lagipun Allah suka pada hamba yang suka memberi"
Jawapan emak made me think, and it slowly changed my perception on beggars, be it a Muslim or not. Sebab emak cakap, Islam ini indah. Islam tidak pernah melarang kita untuk membantu mereka dari agama lain,selagi ia tidak bercanggah dengan akidah kita. Selagi mampu, kita tolong. Even semasa zaman Rasulullah, baginda ada menziarahi kematian one of the Jews. Maksud yang ingin disampaikan ialah Rasulullah sendiri menghormati mereka yang bukan beragama Islam. Jadi, mari mencontohi budi pekerti baginda s.a.w.






The thing yang kita perlu faham adalah kita digalakkan untuk membantu selagi mampu. Niat perlu ikhlas, jangan mengharapkan pujian. Terus dari boleh dapat pahala tak dapat sebab ada unsur riak. Bila kita selalu atau kerap bersedekah, sebenarnya ia mendidik hati dan jiwa kita agar sentiasa rendah diri dan bersyukur dengan segala kurniaanNya. Kalau nak ikutkan cukup, tak ade apa pun yang cukup. Orang yang dah kaya masih fikir macam mana nak lagi kaya, yang tak berapa kaya nak jadi kaya. Macam tu la kitaran hidup ini. Manusia tak kan pernah puas dengan apa yang dimiliki. Mesti nak lebih. Dah tu bila dapat lebih riak dan kedekut kemain. Nauzubillah. Mintak simpang dari sifat begitu. 



Kadang-kadang ada some of us yang perception dia, kalau sedekah takut duit habis. Ya, itu perception mereka yang kurang faham tentang keindahan Islam. Mungkin secara mata kasar duit tu kurang. Tapi alahai, kurang seringgit dua je pun. Beli iced lemon tea, crisps, sweets tu boleh pulak tak berkira. Makan sedap kat Kenny Rogers, Nandos, Manhattan Fish Market tu boleh pulak kan tak berkira. Alasan yang diberi, oh perut sendiri takpe bermewah-mewah sikit...Ade je alasan kan. Tapi sebenarnya pahala mereka yang meringankan beban saudara Islam yang memerlukan adalah lebih lumayan dari wang ringgit. Sebab nanti bila mati pun, duit tak boleh masuk kubur. Yang hanya akan dihitung bila dah takde nanti adalah anak-anak yang soleh, amalan dan ilmu yang ditinggalkan.






Jadi mari kita bersama-sama memupuk rasa rendah diri, membunuh segala rasa kedekut, bongkak, bakhil, rasa duit habis kalau sedekah seringgit dan lain-lain perasaan yang kurang enak sempena Maulidul Rasul ini. Mari kita buka lembaran baru yang lebih indah sebagai perhiasan di akhirat kelak. Hidup ni sekejap jer, tak tahu bila akan pergi. Mungkin masa usia muda ni, tak semestinya tua kan. Hanya Allah sahaja yang arif tentang hal tu.










Oh yeah, and untuk menceriakan hari I semalam, I got a bouquet of turquoise roses from my sister. She had just got back from Cameron Highlands and she got me roses and fruits.Yeayy!! T__T.  Eh, titik tu macam seolah-olah ada tahi lalat je kat pipi smiley tu kan.






 
Bunga sudah hampir layu la walaupun baru sehari. I masukkan dalam air yang berisi panadol. Kasi dadah sikit kat bunga ni. Panadol sebenarnya bagi bunga ni fresh la sepatutnya, tapi bunga I dah macam hidup segan mati tak mahu ni ape citer. Too strong kot sebab I bagi Panadol Actifast ^__^



 
Bagi la tiga kotak pun, confirm akan habis punya! Makan macam biawak kelaparan.



 Ini belum dibedah siasat lagi..Sebenarnya ini adalah jambu yang telah diawetkan menjadi jambu ayam, eh asam.Sesuai untuk ibu-ibu mengandung

Tuesday, February 23, 2010

I simply must share this!


Yesterday, as I was making my way to the car from the post office, a foreign guy stopped me. 

With a stone look, he said "Excuse me, where's the fuuuuudddd..."
and I was like the what? 
This time, being more stone-faced and angrier over me for not understanding what he was on about, he said, 
"Where's the fuuuddddd...you know, makannnnn" while making a demonstration of 'eating' with his hands. 


And I was like, Oh, you mean food. You have to go straight up and turn right from here.


It was so funny I couldn't stop laughing about it the whole day. I mean come on, I can't understand his slang at all, and he was so pissed off when he stopped me over earlier. Probably he did ask other people but they too couldn't get what he was talking about. 


Oh dear. Anyway, if other people start to not understand what you're on about, I would advice you to do a demonstration of the thing you're talking about with your hands. It really does makes a change. Hahahaha. 



Saturday, February 20, 2010

10 Finalist of the Malaysia Top Host 2010!!



 Siapa di antara wajah-wajah ini bakal menjadi wajah 2010?



 




Gambar di atas are the finalist for Malaysia Top Host 2010. Mereka kelihatan sungguh gembira bukan? Sape tak gembira wei dapat jadi top 10. Entah berapa la yang apply untuk Top Host ni, tapi yang nak 10 orang jer. Kenapa Ally tak besarkan sikit quota tu jadi 20 ke, banyak sikit saingan. Banyak pulak I bebel eh, bebel bukan sebab ape..sebab jealous nak mati. Serious tak tipu. I apply jugak tapi tak dapat. Ingatkan dapat. Chewah. 


Semangat giler me and my friend, Wina buat clip video of introducing myself. Pastu pulak masa nak submit kena convert dulu video tu jadi dalam bentuk avi le hape dulu. Pastu mula memang da macam nak give up dah, tapi Wina asyik cakap selalunya nak berjaya ada cabaran dulu, so maybe nanti I akan berjaya. So her words inspired me untuk mencari dan mendownload Video Converter dan setersunya mengconvertkan video menjadi apa yang tv3 inginkan (sebab I submit online) 


Pastu the night before the closing date tu baru terhegeh-hegeh buat karangan "Saya adalah Top Host 2010 kerana..." tidak melebihi 350 patah perkataan dengan harapan mungkin the words akan flow lagi best dan mungkin pihak TV3 terutamanya Ally Iskandar akan terpegun dengan essay tersebut. Hahaha, you wish. Harapan tinggal harapan. Oh my God, I sungguh sedih. 




Semalam I lepak-lepak dengan my friend sambil tengok TV, dan tiba-tiba ada iklan tentang Top Host yang akan dishowkan this 3rd March. Lepas tu I cakap mesti dah ada finalist, kalau tak takkan diorang dah buat promosi untuk show tu. So balik makan tu I terus usaha cari info pasal Top Host ni, dan just as my instincts told me, I wasn't one of them. =(  
Ala instinct ni, ari tu iyer-iyer je kuat mengatakan I might get the chance, tapi last-last minit tak dapat lak. Eceh, menyalahkan instinct. 




Semalam boleh tak siap tak boleh tidur lagi memikirkan hal ini. Siap boleh terfikir lagi, eh kenapa aku tak mintak adik Ally Iskandar, si Ardi tu tolong ajar aku cara-cara abang dia host, walaupun tidak pernah bersapa semasa di universiti tapi tiba-tiba nak buat muka tak malu dan ala-ala macam dah kenal si Ardi sejak di bangku sekolah lagi. Okay, fine.




Okay la, looks like I memang kena usaha untuk terima hakikat ini walaupun memang teringin nak mati untuk jadi top 10. Jadi top 10 pun jadi la Ally. Hahah, merayu macam la si Ally baca blog ni. Dulu pernah join Penagacara Jemputan Nona (PJN), and that was like 3 years ago kot. Siap paksa kawan I, Kak Rini to accompany me, tapi in the end, dengan dia sekali kena audition. Hahaha, sorry Kak Rini. Pastu dah ada peluang depan mata memain masa tu. Sebab masa tu tak la teringin sangat, cuma nak cuba nasib je. Siap diberi peluang kedua untuk cuba lagi dengan lebih serious. Last-last abang camera man siap geleng kepala lagi. Mesti dalam hati dia, ish budak ni, tolong serious sikit eh, memain pulak dia, dah bagi 2nd chance pun memain. 
Tapi Kak Rini lagi best, siap kena nyanyi lagi sebab dalam borang tu dia tulis hobby dia menyanyi. Tak pasal-pasal kena nyanyi. Nasib baik memang suara sedap. Kenangan yang tak dapat dilupakan T__T



Okay la, since tak dapat masuk Top Host, kita tengok je la siapa yang bakal mewarnai TV3 pada tahun ini yer. Mari tonton bersama this wednesay, 3rd of March. You rasa siapa antara mereka akan menang? I rasa mamat yang further right at the back row tu. Sebab he looks very versatile and cute. Hahaha, takde kaitan untuk jadi host. Okay, fine lagi! 
And, you perasan tak sekali pandang muka mamat cute tu dengan yang lagi sorang di back row sebelah perempuan berambut perang itu ada iras. Macam adik beradik. Adakah mereka bersaudara? 
And, gadis di depan, sebelah kanan gadis yang memakai hijab itu rupanya macam si molek Amy Mastura kan?



Okay, so I bet mamat cute versatil tu. You bet siapa pulak? Mari lihat. Siapa menang kena belanja makan cendol.Okay bye.








Wednesday, January 27, 2010

Brad Pitt and Angelina Jolie are breaking up!!!





Hello darlings (yes..you and you and you who are reading this posts (^_^)
I assume you guys have heard on the Brangelina's-coming-soon-separation-news.




Oh well, I guess that's the price you have to pay when you choose your path as a celebrity, what more a Hollywood celebrity! Pheww...must be exhausted to be one.




Well, I'm not going on about who's fault was it and such, but according to one of the reports, Angelina is sick of Brad's laddish lifestyle which includes nights out with the boys along with his new habit of drinking beers. 




As for Brad, he feels that Angelina should get some psychiatric help. Oh wow, so much for a happy ending. Okay, I feel like singing one of Avril's song..'so much for a happy ending' here. Maybe someone can help me sing it. (^_^)





And, to make matter worse, Brad have been very close to his ex-wife, Jennifer Aniston and in one of the report, Brads' mum and family never likes Angelina. They prefer Aniston better. Ouch. It hurts so bad when the whole family goes against you. 



Anyway, I don't know how true the reports are as I am not yet a qualified paparazzi. Hah. As if I want to be one anyway. So here are pictures for you to look at. 






 Angie and Pitt..they look happy though. But being a celebrity I guess they need to learn how to fake happiness.





 


Pitt and Aniston when they were married. 
Pitt cheated on her while they were still married and I wonder if Jen would still accept him back





 


Who do you like better? Who fit Pitt better? I would say Jen. They look so emotionally relax together..*through photos that is*





So come on, what do you think of this news. Share with me. Till then. Good night. I'm having sore throat and runny nose and headache and god knows what else. Uhhh...









Friday, January 22, 2010

Ciri-ciri isteri solehah yang perlu dimiliki





Tadi sambil makan I tengok Wanita Hari Ini *WHI* on tv3. Topiknya agak interesting. Its about Isteri Lunch Hour. Apa itu Isteri Lunch Hour? Adakah ia berkenaan topik apa si isteri masak untuk suami masa lunch? Hohoho, tidak. 
Its about isteri yang menjalinkan hubungan dengan lelaki lain, where in most cases hubungan tersebut usually akan terjalin dengan office mates. Are you one of them? Oh, I hope not. 








Ada la tadi a few callers, mostly ladies to either admit that they are having an affair, ataupun untuk share stories on people they know. So I'll start with one by one okay. 
I think this is a very serious topic. Sebab sekarang dalam news banyak sungguh topik-topik curang dan jahat ini, dan each one of us is responsible to make sure that it does not happen to us.









Scenario One:

One of the caller cakap she is having an affair with her office mate. Selalu tumpang pergi office sebab dia tak ada kereta. Keadaan bertambah happening bila si suami kurang berkomunikasi dengan si isteri ni. Bila tanya 'abang pergi mana? Lewatnya pulang'...si suami akan melenting suruh si isteri jangan tanya banyak. Lalu, si isteri pun kecewa dengan sikap suami yang langsung tak mahu share dan sokmo bersikap dingin. Jadi, tercetuslah insiden di mana isteri tawar hati tak mahu tanya dah suami ni sebab nanti kalau tanya pun asyik kene marah. 


Bila isteri ini asyik tumpang member office dia almost setiap hari, maka terhasil lah perasaan rindu sayang. Memang isteri ini admit yang apa dia buat itu tak betul, tapi dia still menyalahkan suami dia yang sebab suami ini la dia ter-curang. 







Scenario Two:

In one of the other confession, ada juga perempuan ni cakap yang suami dia selalu outstation lama-lama, dan dia asyik kena tinggal sorang-sorang. And, terjadilah insiden di mana dia akan mengadu pada kawan lelaki, betapa sunyinya dia asyik duduk rumah sorang-sorang. Not only did the guy offered to be her listener, tapi secara tak langsung offered to be her new soulmate.








Scenario Three: 

Ada seorang jiran di kawasan perumahan call untuk share perangai neighbour dia. Bukan untuk mengaibkan tetapi untuk bertanya pendapat. Yang ini paling semua orang terkejut la. Sebab katanya si isteri ini housewife, tapi berbeza dengan scenario one and two, scenario three ini bagitahu yang akan ada lelaki datang rumah jiran dia ni masa lunch hour. Ha, ini memang betul isteri lunch hour. Ber-lunch bersama lelaki lain semasa suami keluar bekerja. Bila caller ini bagi tahu si suami kepada isteri lunch hour tersebut, suami dia marah-marah caller ini. Dia cakap 'selagi aku tak nampak dengan mata kepala aku sendiri, aku tak akan percaya isteri aku curang!' Ha, amek kau. 










One of the panel of the day was Professor Izi, the motivator yang sungguh sinonim dengan ayat 'selamat mencuba & selamat beramal...' ke ape entah. One of his pendapat adalah dalam hubungan, both suami isteri must be responsible of what is happening around them. And, he keeps on stressing that kita kena berbalik kepada agama. Apa-apa pun agama. 






Dia cakap dalam hubungan perlu ada komunikasi, perlu share dengan pasangan. Bila kita berkongsi, pasangan akan rasa tidak kesunyian. Selalunya yang rasa kesunyian dan kurang kasih sayang ni pihak perempuan la kan. Sebabnya perempuan ni dianugerahkan 9 nafsu 1 akal tetapi lelaki memilik 9 akal 1 nafsu. Betul tak? Kalau tak betul sila perbetulkan eh. Sebab itu perempuan ni sensitif, emosi, penyayang, boleh jadi ibu yang baik, seorang pendengar yang baik sebab kaum perempuan ini mampu mendengar dengan menggunakan kata hati mereka, its called the 6th sense babey. 








The thing is, in my opinion, lelaki kurang mempamerkan kasih sayang mereka. Tapi dulu masa nak tackle jadi girlfriend or isteri dulu punya la jiwang, romantik bukan main. Pandai pulak. Tapi bila dah jadi girlfriend atau isteri, lelaki rasa diorang ni dah tak perlu nak bersayang-sayang lagi sebab kononnya perempuan tu dah jadi milik diorang. 








Wahai kaum lelaki, andaian kamu itu adalah salah sama sekali. Perempuan perlukan perhatian, dia perlu rasa dihargai. Dia perlu rasa yang boyfriend, tunang atau suami dia suka share, consult or tanya pendapat dia about anything. Bila selalu communicate dengan pasangan, kita akan lebih kenal one another, what is lacking, apa yang perlu improve, apa yang pasangan kita nak, apa yang dia tak suka and the list goes on.







I often feel that communication is the 2nd most important ingredient in a relationship after religion. A healthy relationship contributes to a happy and confident individual. All these penghargaan from the partner akan buat you rasa tenang, rasa there is something to look forward to, rasa you have to work harder in what you are doing sebab you are emotionally supported. And I greatly believe that stable emotions can create an outstanding individual, be it in work, or as a person. 






I rasa dalam hal curang-mencurang ini, both parties are responsible. Lelaki perlu lebih peka dan bertanggungjawab dalam hubungan. Perempuan pula perlu bersikap lebih rasional dan tidak terlalu emotional. Kadang-kadang perempuan ni curang sebab nak balas dendam kat lelaki dia. Konon nak tunjuk la yang dia masih laku di pasaran. Tapi, seperti kata Professor Izi tadi, berbalik lah kepada agama. Kalau situasi ini terjadi, berbanyakkan ibadat. Isitighfar is the most easiest. 






Mintak doa dan petunjuk dari Allah. My friend often said to me that Allah tak akan uji hambanya dengan dugaan yang hambanya tak mampu untuk handle. Betul tu. Walaupun kadang-kadang kita mempersoalkan kenapa kita yang dapat dugaan ni, kenapa orang lain happy aje, tak ada masalah. Eh, mana tau. Entah-entah diaorang pun ada masalah cuma diaorang sembunyikan. 




Jadi, the best thing that we can do as a muslim ialah berdoa dan yakin bahawa Allah nak uji keimanan kita. Berdoa dan bertaubat dan mintak jalan keluar dari segala kekusutan yang kita hadapi. Honda punya tagline kan 'The Power of Dreams'...sebenarnya I rasa doa pun perlu ada tagline which is 
'The power of doa'.





Seriously. Believe in whatever you ask for from Him, because one day, He might grant you your wishes. But if He doesn't, the thing you ask and wish for may not be what you really need. Remember, He knows the BEST for you.








Architecture is Tiring







Have you ever felt so sooo tired and you wish to have longer rest? 








 Well, you know what. Most of the time longer rest does not apply to architecture students. I had a presentation this morning. It's supposed to start off at 9 am sharp, but we came in 2o minutes later. Not because we wanted to be late, but because we had to. Well, 'had to' can't be used too sebab suka buat kerja last minute (^_^)










Being in architecture means that you have to be physically and mentally fit. Seriously, no kidding. Why? Because usually, most architecture students would have to work extra hour. When other students sleeps at 11 and watch movies in the computer, we on the other hand can only sleep at 6 am in the morning and wake up again at 10 am on the same day. How tiring does it sound? 












Very tiring










So, imagine having your sleep for less than 5 hour per day, continuously for a week. Even cars can break down from a non-stop travel, what more a body. 
Bila badan mula letih, presentation pun akan jadi meletihkan juga especially bila kena hentam teruk-teruk dengan panel. In this case, you have to be mentally fit. Tapi kadang-kadang ada juga yang kurang semangat akan menangis menyalahkan nasib sendiri. Hohoho..I've seen a few so far.













Letih okay. You work your butt out, tapi in the end your panel says its rubbish, or some even say things like "I think you should fail". 
Oh god, its painfully annoying. 










When I hear harsh comments from the panels, I kind of wonder how they were like when they were young. I mean come on, were they so good during their studies that they can actually allow themselves to harshly comments on other people's work? 





I hope if I ever become a panel one day I can be the one who is able to motivate others. Not everyone who takes up architecture are gifted in drawing skills. Some forced every ideas out of their brain, trying so badly to keep up with the gifted ones. And my oh my, sungguh sakit hati apabila kerja kita tidak dihargai. 





So, I feel that instead of torturing the not-so-gifted-ones, why can't they say something better, something motivated to keep the weak ones 'alive'. At least it can make them to work harder and to better understand their flaws.




I'm still feeling tired over the sleepless nights I had, so I'm going to go back to bed now and I'll see you soon.. 






Saturday, January 2, 2010

Jangan jadi macam Samdol


Suka hati aku je letak nama Samdol. Ada ke orang nama Samdol? Harap-harap takde. Kalau ada yang bernama Samdol sedang baca, harap anda bersabar.Haha.Takde kaitan. Okay.


Ceritanya begini. Eh, sebenarnye tak ada cerita pun, cuma nak bagi kata-kata hikmah.


Ada suatu hari, seorang perempuan itu memakai bedak dan eyeliner (bedak dan eyeliner je pun) ke kelas. Untuk Samdol-Samdol sekalian (Samdol tu barangkali panggilan untuk lelaki dalam entry ini), sesunggunya wanita sungguh benci akan Samdol yang bercakap kuat ala-ala jarak dari Mydin ke Mydin yang satu lagi (sungguh sakit hati kan bila awak tak tau berapa jarak Mydin tersebut)


Back to the story, wanita sungguh tidak menyukai lelaki yang tiba-tiba cakap kuat bagi semua orang di kawasan itu dengar apa yang dia cakap. Dan, lagi menjengkelkan apabila lelaki itu cakap 'Wei, pakai make up doh' kepada perempuan itu.


Ep, kau kenapa Samdol nak cakap kuat-kuat. Salah ke perempuan itu nak pakai cantik-cantik kerana wanita yang suka cantik adalah mereka yang menghargai diri mereka.Betul tak awak? Sekali 'awak' yang baca adalah lelaki atau pun Samdol. Gurau aje =)


Moral of the story, biar la kalau perempuan itu nak pakai make up pun. Bukannya dia tempek bedak segantang pun yang mengganggu penglihatan kan. Kesian perempuan tersebut. Jangan lah jadi seperti Samdol itu ya.


Terima Kasih.