Wednesday, January 13, 2010

Tips mengenali diri dan personaliti melalui tarikh lahir



Wow, sounds interesting kan?



Memang interesting pun. Mahu cuba? I dah siap calculate for my whole family dah and bila dapat jawapan I was like ooohhh, along no. 5...eh, I pun no. 5..oh, adik no 7..dan oh oh lagi..
(^_^)



Jadi, jikalau you mahu 'oh' juga, mari kita sama-sama eksperimen ini game ya. Mari!



Caranya:

Tambahkan all the numbers of your birthday. Contohnya, katakan 1st November 1993.
Jadi 1+11+1993=2005. Tambah lagi sampai dapat nombor bulat/ tunggal.
2+0+0+5= 7.
So, nombor 7 adalah nombor lahir contoh tersebut.



Sila rujuk keterangan di bawah berdasarkan nombor tunggal yang telah you dapat. Mari lihat bersama-sama apakah description, kelebihan dan kebolehan si pemegang nombor 7.
(^_^)




Keterangan nombor lahir


No 1. Tulen (Logam/Steel)

- Hadir dengan idea baru.

- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.

- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.

- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.

- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari:
Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach



No 2. Pendamai (Air/ Water)

- Dilahirkan sebagai diplomat.

- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.

- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.

- Mereka tidak suka bersendirian.

- Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.

- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.



No 3. Ceria (Api/ Flame)

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.

- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.

- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.

- Mereka sangat popular dan idealistik.

- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster



No 4. Konsevatif (Kayu/Wood)

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.

- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.

- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.

- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.

- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.

- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.

- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan



No 5. Perintis (Tanah/ Soil)

- Mereka adalah perintis.

- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).

- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.

- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.

- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Gogh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.



No 6. Romantik (Logam/ Steel)

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.

- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.

- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.

- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.

- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.

- Mereka suka seni muzik.

- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.

- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn



No 7. Intelektual (Air/Water)

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.

- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.

- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.

- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.

- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

-Mereka sangat suka berahsia.

- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana



No 8. Penyelesaian (Api/Flame)

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.

- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.

- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.

- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.

- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.

- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.



No 9. Pelakon (Kayu/Wood)

- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.

- Mereka sangat penyayang dan pemurah.

- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.

- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.

- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.

- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).

- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.










Siap dapat tahu lagi kita sama dengan artis mana. I sama dengan Vincent Van Gogh.
You sama dengan artis mana? (^_^)


Vincent Van Gogh famous art. I dulu pun pernah lukis gambar ni tapi dah hilang. Mungkin sudah dibuang sebab dulu aim high konon mahu jadi pelukis sama macam Van Gogh, kiranya mungkin I adalah perintis beliau. Muahahaha.


No 5. Perintis (Tanah/ Soil)

Oh, hampir terlupa. Kan I ada letak dalam kurungan Tanah, Air, Api, Logam, Kayu kan. Itu kalau you nak tengok sifat you. Contohnya kalau air, cepat sejuk. Kalau api, cepat marah atau panas baran.


Kalau you nak tengok jodoh yang sesuai pula, api lawannya air. Sebab kalau api tu marak, air dapat padamkan api itu. Jadi, jika you api, pasangan yang sesuai untuk you adalah air, atau tanah. Bukan dengan kayu atau api jugak. Sebab lagi la terbakar you. Awww..panazzzz..
(^_^)



However, all these hanyalah tafsiran dan suka-suki. Kalau ditakdirkan kena batang hidung you sebijik-sebijik, baguslah. Tapi kalau apa yang dihuraikan itu takde kaitan langsung dengan you, maka I harap you bertenang dan cuba game lain ya.



Good night everyone. Zzzzzzzzz


3 comments:

  1. if logam n kayu...sesuai ke x ye ladyoftheblog?? =p

    ReplyDelete
  2. Hehe..insyaAllah seswai.haha..pandai2 aku jer..

    ReplyDelete
  3. hahhahahha..U mmg pndai tilik jodoh org... =)

    ReplyDelete